SHA NAWEERAH

016-381 2508

Monday 1 January 2018

New Year New Spirit New Resolution

Happy New Year everyone!! :)
Tahun baru, ada yang buat azam baru.
Ada yang sambung azam tahun2 sebelum ni.
Sebab azam yang sebelum ni belum lagi capai.
It's okay. This year ada 365days.
Apa2 pun azam kita, lets focus.
Kalau kita betul2 nak capai azam tu, kita mesti fokus.
Masukkan dalam planner 2018.
Make sure kita tulis and tengok dan baca hari2.
My mentor cakap, bila kita tulis, akan lebih terkesan.
Otak akan serap info, badan akan bertindak.
What ever the struggle is, lets do our best this year.
Hello 2018, I will make sure you be good to me.

#shanaweerah
#year2018
#journeytobeabetterme


Sunday 1 October 2017

Jadilah seperti buah dan sayur

-Assalamualaikum-

Maksud disebalik setiap buah dan sayur....

🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽
1. Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS..
Jagung membungkus bijinya yg banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu..
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya..

🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌
2. Jadilah POKOK PISANG..
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati..
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan..

🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈
3. Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG..
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji yg berduri..
MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA..

🍠🍠🍠🍠🍠🍠🍠
4. Jadilah UBI KAYU..
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih..
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tmpat yg penuh kekotoran..

🍐🍐🍐🍐🍐🍐🍐
5. Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM..
Tangkai petai memberi makanan yg sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yg kecil dan ada yg besar..
MAKSUDNYA : Selalu lah bersikap adil..

🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏
6. Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya..
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna..

🔮🔮🔮🔮🔮🔮
7. Jadilah seperti MANGGIS..
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam..
MAKSUDNYA : kena jujur, apa yg ditunjukkan di luar sama seperti apa yg diniatkan di dalam hati..

💝💝💝

#copypaste

Thursday 28 September 2017

3 Cara bersedekah tanpa mengeluarkan duit

Terdapat pelbagai cara untuk bersedekah sebenarnya. Bila sebut sedekah orang akan ingat perlu keluarkan duit. Padahal, ada cara untuk bersedekah tanpa mengeluarkan duit. Hari ini, Kak Sha nak kongsikan kepada semua, cara untuk bersedekah yang simple serta tidak menggunakan duit. Kak Sha pasti semua orang boleh amalkan bukan sahaja pada hari Jumaat, tetapi setiap hari. 


1. Berikan senyuman

Tahu kan senyum tu sedekah?? Habis tu, yang muka masam mencuka tu dah kenapa? Cuba senyum sikit, bukan susah pun nak senyum. Kan??


Image from Drypers Malaysia


2. Beri salam kepada sesama Muslim

Kelebihan memberi salam kepada orang yang kita kenali ialah ianya akan mengeratkan lagi silaturrahim. Tau tak? orang yang menjaga silaturrahim sangat mudah untuk masuk syurga. Walaupun tak kenal seseorang, kita masih boleh beri salam. Bila beri salam tu, kita sebenarnya doakan kesejahteraan seseorang. Best kan kalau ramai orang doakan kesejahteraan kita?? Jangan lah pulak beri salam sebab nak ngorat. Niat lain di situ. Hehe

Image from cards and gifts Zazzle.com

3. Tumpangkan rakan dan kenalan

Kenderaan yang kita ada tu Tuhan yang bagi sebenarnya. Jadi, manfaatkan lah kenderaan tu dengan baik. Tumpangkan rakan dan kenalan untuk pergi lunch atau solat Zuhur jemaah di masjid. Lagi ramai kan lagi meriah makan dan solat??

Kenderaan Darat. Image from Blog Cikgu Eela preschoolskj11.blogspot.my

Kenderaan Air. Image from Blog Cikgu Eela preschoolskj11.blogspot.my

Kenderaan udara. Image from Blog Cikgu Eela preschoolskj11.blogspot.my

Jadi, mudah kan sebenarnya nak bersedekah? Tak perlu lah kita limit kan diri kita untuk berbuat kebaikan. Apa guna kita hidup di dunia kalau tak kumpul pahala. Bersedekah adalah salah satu cara untuk menumpul pahala. Semoga kita bertemu di syurga kelak bersama-sama dengan orang-orang yang kita sayangi dan orang-orang yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu. Renung-renungkan dan selamat beramal.

#TLCInspiringStoryFriday
#shanaweerah #PremiumBeautifulExpert

Monday 18 September 2017

Ramai yang cakap ada anak kecik tak boleh berniaga sebab...tak sempat!!

-Assalamualaikum-

Mula2 pun kak Sha rasa macam tak boleh nak berniaga sebab tak sempat..bila kita terlampau focus untuk buat kerja rumah, memang takkan sempat untuk buat benda lain..sebab apa tauuu?? Sebab kerja rumah takkan pernah habis..Especially bab baju!! Never ending story!! Mula dengan basuh baju → sidai baju → angkat baju → lipat baju → simpan baju dlm almari → pakai baju → basuh baju and the cycle goes on and on and on..Fuuuhhh!! Jenuh!! Sampai bila pun takkan habis.. Setuju kannn??


Selain bab baju..bab kemas rumah. Bila ada anak kecik ni, rumah cepat kotor. Tumpah nasi lahhh, susu lahhh, biskut lahhh. Kalau tak kemas, bukan semut jerrr datanggg, lipas dengan cicak pun datang sekali macam kita buat kenduri panggil diorang. Kannn?? Hehehe Hati pun tak senang sebab kaki melekit, kaki ada serdak biskut, kaki melekat nasi dan kaki berdebu. Bila kita dah kemas rumah, vacuum mop dan sebagainyaaa, barulah hati senang. Tapi bila anak bangun dan buat aktiviti seharian, end of the day, kotor balik rumah. Belum masuk cerita toys yang bersepah, lebih kurang setiap dua jam kita tolong simpan dalam kotak toys tu balik.

However, last year, dalam kak Sha masih rasa tak sempat nak berniaga sebab ada anak kecik, kak Sha gagahkan diri untuk lawan perasaan tuuu. Kak Sha join jugak berniaga. Mula-mula nak berniaga kecil-kecilan jerrr, tapi lama-lama makin best berniaga, makin besar yang dapat. Makin seronok rasa berniaga bila dapat feedback positive from customers. Rasa nak bantu dan bantu dan bantu lagi more customers.


Antara sebab yang buat Kak Sha rasa susah sangat nak mula sebab Kak Sha fully breastfeed. Breastfeed pulak direct jerrr, sebab Afeef reject semua jenis bottle. Macam-macam yang Kak Sha fikir sebelum mula berniaga. Tapi mentor Kak Sha cakap, buat jerrr, cuba jerrr, datang jerrr, tak payah predict future, lets create the future.



Last year, this date, 18 September, mentor Kak Sha buat special class. Kak Sha nak sangat join sebab nak belajar macam mana nak share pasal korset hebat yang berjaya hilangkan perut buncit, hilangkan sakit belakang dan bongkok Kak Sha dalam masa beberapa bulan. Again fikir pasal anak yang fully breastfeed macam tak boleh join jerrr class tuuu. Tapi, dengan semangat yang ada, Kak Sha pergi jerrr. Walaupun kena angkut anak, siap bawak bouncer dan makanan untuk Afeef sebab dia baru start solid, Kak Sha redah jerrr.


Kalaulah Kak Sha tak start berniaga tahun lepas, mungkin Kak Sha tak kan start langsung berniaga and sampai hari ni, mungkin Kak Sha just a Stay-At-Home-Mom (SAHM) yang tak ada income, yang hanya bergantung kepada husband. Yang kena simpan keinginan untuk nak beli apa yang Kak Sha teringin nak beli sebab tak nak bazirkan duit saving husband. Dan paling menyedihkan dulu, bila Kak Sha tak blh belikan apa yang anak Kak Sha nak bila keluar dengan Kak Sha.

I am happy that I choose to start!!

Thank you Allah for guiding me to this path!!

Thank you #SHOM & #TLC for helping people like me to start and move one with a new chapter in life!!

Thank you to CDM Kak Ismalina Ishak & BDDM Olin Safura for holding my hands and provide me all the knowledge and experiences you have gained!!

Thank you all sisters in #PBAngels!! May we always be sisters in business and friends in our daily life.


New Year New Spirit New Resolution

Happy New Year everyone!! :) Tahun baru, ada yang buat azam baru. Ada yang sambung azam tahun2 sebelum ni. Sebab azam yang sebelum ni bel...