016-381 2508

Thursday 28 September 2017

3 Cara bersedekah tanpa mengeluarkan duit

Terdapat pelbagai cara untuk bersedekah sebenarnya. Bila sebut sedekah orang akan ingat perlu keluarkan duit. Padahal, ada cara untuk bersedekah tanpa mengeluarkan duit. Hari ini, Kak Sha nak kongsikan kepada semua, cara untuk bersedekah yang simple serta tidak menggunakan duit. Kak Sha pasti semua orang boleh amalkan bukan sahaja pada hari Jumaat, tetapi setiap hari. 


1. Berikan senyuman

Tahu kan senyum tu sedekah?? Habis tu, yang muka masam mencuka tu dah kenapa? Cuba senyum sikit, bukan susah pun nak senyum. Kan??


Image from Drypers Malaysia


2. Beri salam kepada sesama Muslim

Kelebihan memberi salam kepada orang yang kita kenali ialah ianya akan mengeratkan lagi silaturrahim. Tau tak? orang yang menjaga silaturrahim sangat mudah untuk masuk syurga. Walaupun tak kenal seseorang, kita masih boleh beri salam. Bila beri salam tu, kita sebenarnya doakan kesejahteraan seseorang. Best kan kalau ramai orang doakan kesejahteraan kita?? Jangan lah pulak beri salam sebab nak ngorat. Niat lain di situ. Hehe

Image from cards and gifts Zazzle.com

3. Tumpangkan rakan dan kenalan

Kenderaan yang kita ada tu Tuhan yang bagi sebenarnya. Jadi, manfaatkan lah kenderaan tu dengan baik. Tumpangkan rakan dan kenalan untuk pergi lunch atau solat Zuhur jemaah di masjid. Lagi ramai kan lagi meriah makan dan solat??

Kenderaan Darat. Image from Blog Cikgu Eela preschoolskj11.blogspot.my

Kenderaan Air. Image from Blog Cikgu Eela preschoolskj11.blogspot.my

Kenderaan udara. Image from Blog Cikgu Eela preschoolskj11.blogspot.my

Jadi, mudah kan sebenarnya nak bersedekah? Tak perlu lah kita limit kan diri kita untuk berbuat kebaikan. Apa guna kita hidup di dunia kalau tak kumpul pahala. Bersedekah adalah salah satu cara untuk menumpul pahala. Semoga kita bertemu di syurga kelak bersama-sama dengan orang-orang yang kita sayangi dan orang-orang yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu. Renung-renungkan dan selamat beramal.

#TLCInspiringStoryFriday
#shanaweerah #PremiumBeautifulExpert

No comments:

Post a Comment

Name:

Email Address:

New Year New Spirit New Resolution

Happy New Year everyone!! :) Tahun baru, ada yang buat azam baru. Ada yang sambung azam tahun2 sebelum ni. Sebab azam yang sebelum ni bel...