-Assalamualaikum-
:: SEORANG ANAK DIKORBANKAN KERANA AYAHNYA TERLALU PERCAYA PADA MIMPI ::
Pada zaman dahulu, seorang ayah telah bermimpi semasa dia tidur. Dalam mimpinya itu, ada suara yang menyuruhnya untuk menyembelih anaknya. Akibat terlalu percaya pada suara yang menyuruhnya, si ayah melaksanakan penyembelihan terhadap anaknya.
Bunyi seperti sesuatu yang sangat kejam kan? Bayangkan anak yang dia sayang, bela dan besarkan dengan penuh kasih sayang, disuruh untuk sembelih. Tetapi kerana keyakinan terhadap penciptanya, ketaatan kepada Tuhannya. Nabi Ibrahim AS melakukan penyembelihan itu.
Sebelum itu, Nabi Ibrahim AS ada memberitahu kepada Nabi Ismail AS tentang mimpinya. Nabi Ismail AS pun dengan yakin dan taat mengatakan, "Jika ia adalah perintah daripada Tuhan Yang Maha Esa, maka laksanakanlah". Masya-Allah..bukan sekadar itu, Nabi Ismail AS siap beri tips2 untuk menyembelih dirinya. Antara tips2 yang diberi:-
1) ikatlah tangannya supaya ayahnya tak akan berjaya dia cederakan tanpa sengaja.
2) palingkan mukanya ke tanah supaya tak akan timbul rasa kasihan terhadap dirinya.
3) gunalah pisau yang tajam supaya kesakitan itu dapat dikurangkan dan proses penyembelihan dirinya lebih cepat dan mudah.
Source: indoberita |
Cara yang dicadangkan itulah yang diguna pakai untuk kita menyembelih lembu / kambing semasa korban sampailah sekarang. Dan kerana kisah inilah kita digalakkan untuk menunaikan korban lembu / kambing semasa menyambut Hari Raya Aidiladha.
Tuhan Yang Maha Esa telah menukarkan Nabi Ismail AS di saat akhir sebelum dirinya disembelih dengan kambing kibasy yang ada disyurga tanpa disedari oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Maka setelah itu, Nabi Ibrahim AS pun bersyukur dan mengucapkan "Laa Ilaha Illallah Allahu Akbar". Nabi Ismail AS pun menyambut "Allahu Akbar Wa Lillahi Hamdu".
Source: dirikudrcinta.blogspot.my |
P/S: Semua orang mempunyai takdir dalam kehidupan di dunia sejak dalam perut ibu masing2. Tetapi takdir dalam hidup kita masih boleh diubah oleh Tuhan Yang Maha Esa walaupun di saat2 akhir. Sebab itu kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya.
No comments:
Post a Comment
Name:
Email Address: