016-381 2508

Thursday 30 March 2017

Salah pilih saiz bra, sendiri merana

Assalamualaikum....

You all percaya tak kalau Sha cakap bila salah pilih bra, boleh sakit badan?? Sakit badan yang macam mana? Lenguh kat bahu, sakit tulang belikat dan sakit belakang. Pernah tak you all alami antara sakit yang Sha sebut??

Antara sebab salah pilih saiz bra ialah kerana tak pasti saiz untuk diri sendiri. Main beli jerrrr. Asalkan muat nak pakai. tapi rupa-rupanya ketat atau longgar yang tak bersesuaian dengan aset. Tanpa sedar, kita bagi stress untuk menyokong aset kita tu pada badan sendiri.

Apa beza saiz lillitan dan saiz cup?

A B C D E ialah saiz cup. Manakala 32-34-36 atau 70-75-80 ialah saiz lilitan.
Saiz lilitan perlu ukur dibawah payudara. Manakala saiz cup ialah beza lilitan di bawah payudara dan lilitan payudara (di puncak di mana puting berada).




Kecil dan besar saiz bra.

Ada yang sepatutnya pakai saiz besar tetapi tak nak mengaku atau malu untuk mebeli saiz yang besar memilih untuk membeli saiz yang lebih kecil dan begitu juga sebaliknya. Ehhhh, suka-suka hati jer kannn nak pilih. Tak bolehh tauuu! Jangan lah malu, sebab kalau aset tu besar memang rezeki dan jikalau kecil itu adalah anugerah sebab senang nak cari baju.

Okay, jika badan sekeping macam rangka jerrr, semestinya dia pakai 30. Tetapi tak semstinya saiz A. Oang yang berbadan kecil dan halus boleh jadi mempunya aset yang besar, jadi cupnya maybe A , B atau kalau besar sikit C lahhh.

Kalau badan besar dan berisi semestinya saiz lebih besar saiz lilitan dan saiz cupnya. Jangan risau sangat kalau terpaksa pakai saiz 38F. Syukurrr jerrr! Janji aset kita terpelihara, tak jatuh dan kendur. Kalau dah tahu besarrr, pandai-pandai lahh cover yer adik-adik dan kakak-kakak sekalian.



Perlu cuba bra sebelum beli.

Mesti, mesti, mesti cuba sebelum beli. Sebabnya lain brand lain fitting pada aset kita. Tu yang kadang-kadang beli saiz 34B atau 36C bergantung kepada jenis dan brand. Cuma yang jadi segan sekarang ni bra selalu dijual di depan2 kedai. Nak masuk segan, nak ambil pun malu. Hehehe.

Ada yang beli bra melalui katalog??

Bolehh jerrr. Tak salah pun. Tapi kena make sure boleh tukar kalau tak selesa atau salah size. Yang tricky beli bra katalog ni kena tahu ukuran siap-siap la. Tak dapat test. Tapi untuk return balik syarat utama, tag jangan ditanggalkan dan resit kena simpan. Plastik ke hanger ke semua tu kena dalam keadaan yang baik. Jangan pulak dah pakai satu hari, lepas tuuu, nak return. Eeeeee, geli okay!

Penjagaan bra

Kalau nak tahan lama kena la jaga baik-baik. Bra yang bagus mmang harga mahal. Sebab nak support aset kita yang special. Ada yang pemalas, masuk mesin untuk basuh. Tapi guna karung untuk bra kononnya tak rosak dan selamat. Lebih baik basuh tangan lahhh. Sebab kalau baju biasa pun bila dah hari-hari basuh dan spin boleh rosak, inikan pula baju dalam kita. Biasanya, yang basuh guna mesin ni dawai penyokong bra cepat tercabut. 

Nak hang bra pun ada cara supaya tak mudah rosak. Jangan hang tali bra di tepi cangkuk penyangkut. Walaupun cara tu lagi mempercepatkan pengeringan. Tapiii, boleh rosakkan penyangkut bra dan melonggar kan bra dengan cepat. Tu yang pakai sekejap jerrr, dah longgar. Cara sangkut yang paling baik ialah pada bahagian tengah bra, memang lahhh lambat sikit tapi lebih tahan lama dan terjaga.

Sabun untuk basuh baju dalam niii, kalau boleh beli yang special untuk baju dalam. Baru lah bra kita selamat daripada chemical-chemical merbahaya, kain dan getah tak cepat longgar. Payudara kita pun selamat daripada chemical yang merbahaya niii.




Akhir kata..

Selamat memilih bra dan memakainya. Pilih bra bersesuaian dengan aktiviti dan baju. Jangan pakai bra bercorak dengan baju yang jarang, nampak luar dalam nanti. Huhuhuhu Pandai-pandai jugaklahh jaga bra. Dah beli mahal-mahal kannn. Lagipun bra ni penjaga aset anda yang bernilai tuuu.

Sebab tu lah, Sha pilih Premium Beautiful Bra sebagai penajaga dan pelengkap pakaian Sha. Premium Beautiful Bra sesuai untuk semua aktiviti dan baju. Tak perlu fikir-fikir lagi. Sarungkan jerr. Cangkuk ada 3 tauu!! Memang suport habis aset kita dengan tali tebal lagiiii. Confirmmmm, kalau size betul, pakai bra Premium Beautiful, tak merana dan sakit badan.




Nak dapatkan Premium Beautiful Bra macam Sha??

Contact jerrr Premium Beautiful Expert +6016-381 2508

Nama dia Shareefah Naweerah. Sha lah tuuu! =)

Follow Sha jom!!

FB: Shareefah Naweerah

IG: Shareefah_Naweerah

No comments:

Post a Comment

Name:

Email Address:

New Year New Spirit New Resolution

Happy New Year everyone!! :) Tahun baru, ada yang buat azam baru. Ada yang sambung azam tahun2 sebelum ni. Sebab azam yang sebelum ni bel...