016-381 2508

Friday 6 January 2017

Keputihan - pengenalan dan jenis

Assalamualaikum....

Apa yang you all tau pasal keputihan?? Kalau kaum lelaki mesti la tau yang ia berkaitan dengan warna putih. Tapi untuk para wanita, sebut sahaja perkataan keputihan, banyak yang mula rasa takut dan risau.

You all tau tak bahawa semua wanita pernah mengalami keputihan?? Keputihan semulajadi ini berfungsi untuk membersihkan dan melindungi miss V daripada jangkitan. Wanita yang sedang hamil juga biasanya akan mengalami keputihan yang berhubungan dengan kehamilan.

Masalah keputihan merupakan permasalahan klasik atau normal pada kebanyakan kaum wanita. Ironinya kebanyakan wanita tidak mengetahui tentang beza keputihan baik dan buruk serta penyebab keputihan pada wanita itu sendiri. Malah ada yang menjadikan keputihan sebagai hal yang remeh. Sehinggakan tidak mengambil peduli tentang keputihan yang dialami.

Sha nak kongsi dengan you all keburukan serta kesan buruk keputihan supaya lepas ni korang lebih aware.

▲Jika tidak ditangani dengan baik, keputihan boleh
→Membawa maut.
→Menyebabkan kemandulan
→Menyebabkan kehamilan ektopik (hamil di luar kandungan)

▲Keputihan boleh menjadi salah satu petanda awal kanser rahim. Kanser leher rahim merupakan jenis penyakit yang berbahaya.
Jika tidak ditangani dengan baik, akan berakhir dengan kematian.

Jadi jangan anggap remeh mengenai isu keputihan.


Bagi wanita sedang hamil, keputihan berlaku akibat perubahan hormon yang berlaku. Peningkatan hormon tersebut menyebabkan pengeluaran cecair yang meningkat serta diakibatkan juga oleh faraj wanita hamil yang mengalami penurunan keasidannya. Selain itu, keputihan boleh berpunca daripada keadaan perubahan pencernaan yang sedang mengalami perubahan. Hal tersebut menyebabkan meningkatnya risiko sering terjadi keputihan pada wanita hamil. Terdapat juga keputihan yang diakibatkan oleh jangkitan kulat pada wanita yang sedang hamil.



Nanti Sha kongsi dengan you all beza antara keputihan yang normal dan tidak normal pula. Sha nak solat dulu!

Add Sha kat FB & IG tauuu!

FB: Shareefah Naweerah
IG: Shareefah_Naweerah



Contact Sha untuk beli Pantyliner Bio Seleza atau apa-apa barang  Hai-O +016-3812508


Wednesday 4 January 2017

Pakai pantyliner membazir

Assalamualaikum....

Ada yang tanya kenapa perlu pakai Pantyliner???

Ada yang cakap membazir je guna Pantyliner.

You all semua tau tak kenapa kita kena or sort of wajib pakai Pantyliner?

Memang seluar dalam kita cuci lepas pakai. Jadi, ianya bersih, dan tidak perlu di lapik serta boleh dipakai begitu saja. Tetapi you all semua nampak tak kuman, bakteria, sisa sabun, sisa pelembut baju (softener) yang masih melekat pada seluar dalam you all? Tak nampak kan? Macam mana nak pastikan yang miss V bebas daripada kuman, bakteria, sisa-sisa sabun dan pelembut baju? Yeeezzzzaaaa! Dengan memakai pantyliner lah!
Sesetengah orang mempunyai miss V yang sensitif, alah kepada pewangi yang digunakan untuk mewangikan pantyliner. Mereka mungkn tak perasan perkara ini. Tapi jika you all selalu sangat rasa gatal2 dan tak selesa pada miss V apabila memakai pantyliner, you all boleh cari pantyliner tanpa pewangi (fragrance free), yang lebih menyerap dan memunyai rongga udara supaya miss V boleh bernafas dengan baik. Cuba kenal pasti punca. Jangan pula cakap, pakai pantyliner lagi teruk keputihan dan kegatalan serta bau miss V.



Ada jugak yang cakap lebih selesa bila tak pakai pantyliner. Selesa ke bila bahagian bawah tu basah dan berpeluh? Selesa ke bila seluar dalam tersekat dicelah missV??? Bagi Sha, bila kita pakai pantyliner, kawasan sekitar missV akan sentiasa kering, bersih dan selsesa. Pantyliner sangat baik kerana boleh menyerap peluh dan cecair yang keluar daripada miss V, membuatkan si pemakai rasa lebih selesa tak gatal dan yang penting yakin.
Bila kita rasa yakin, kita nak buat apa sahaja rasa senang hati dan gembira. Mood okay, takde la stress. Keyakinan ni penting, datang daripada dalaman, tetapi akan terpancar dari segi luaran. Jadi mulalah pakai pantyliner supaya you all akan rasa yakin sepanjang hari.

Selain itu, kalau kita nak solat pun senang jerrr. Cabut pantyliner yang sedang dipakai dan ganti dengan pantyliner baru. Tak perlu menukar seluar dalam. Kurang kerja membasuh. Kalau kat rumah boleh la cabut seluar dalam semasa solat. Kalau kat luar takkan nak cabut dan pakai depan semua orang. Malu lah kan?? Jadi, pantyliner boleh memudahkan kerja anda juga.

Okay lah, next entry Sha kongsi dengan you all pasal keputihan pulak..Bye!




Call / Whatsapp / PM me @ +6016-381 2508


Add me as your friend @


FB: Shareefah Naweerah

IG: Shareefah_Naweerah



New Year New Spirit New Resolution

Happy New Year everyone!! :) Tahun baru, ada yang buat azam baru. Ada yang sambung azam tahun2 sebelum ni. Sebab azam yang sebelum ni bel...