016-381 2508

Monday, 24 October 2016

Resipi Jus Lega Dan Sihat

Assalamualaikum....

Last post haritu Sha ada janji nak bagi resipi kan? Resipi apa? Resipi jus yang guna bawang putih, halia, lemon,cuka dan madu tu. Okay, since malam ni dapat tahan mata daripada tertidur masa tidurkan anak-anak..maka boleh la curi masa sekejap untuk share resipi dengan korang semua.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-


Bahan A (A ingredients)
1 cawan (1 cup) jus lemon (lemon juice)
1 cawan (1cup) jus halia (young ginger juice)
1 cawan (1 cup) jus bawang putih (garlic juice)

1 cawan (1 cup) cuka epal (apple cider vinegar)

3 cawan (3 cups) madu (honey)

*versi bahasa malaysia*
Campurkan kesemua Bahan A di dalam periuk dan kacau. Masukkan cuka epal dan kacau lagi. Masakkan campuran tersebut menggunakan api yang sangat perlahan serta kacau sekali sekala sehingga lebih kurang 1 cawan telah tersejat. Tutupkan api. Biarkan campuran sejuk sedikit. Kemudian masukkan 3 cawan madu.

*english version*
(Mix the A ingredients in a big pot. Add apple cider vinegar and mix. Cook under low flame and stir once a while till one cup of the mixture evaporate. Turn off the flame. Cool down the mixture and mix with 3 cups of honey.)

Bunyi macam senangkan? Tapi sebenarnya susah dan pedih tangan akibat kesan panas halia dan tajam bawang putih. Sha pernah tolong mak Sha buat sekali je lepastu taubat tak nak tolong dah..tolong tengok je sekarang..hahaha

Kalau korang nak buat sendiri, Sha nasihatkan korang beli bawang putih yang dah siap kupas dan jus lemon dalam botol. Halia je kena kikis kulit & potong sebelum masukkan dalam juicer untuk dijadikan jus. Madu dan cuka epal sememangnya dari botol.

Lagi satu, untuk nak dapatkan jus asli tanpa meletakkan air, tak boleh guna blender yer, kena guna juicer. Tak kira la slow juicer ke juicer yang biasa. Yang penting bukan blender. Sebab bila guna blender, kita perlu tambah air. Ini akan menyebabkan quality bahan berkurang. So bila kita consume, khasiat kurang, maka tindak balas pun akan berkurang. Nanti jangan pulak cakap Sha tipu atau salah bagi resipi.

Tapi, kalau nak senang lagi..beli je yang dah siap kat pasaran. Sekarang banyak dah orang jual. Macam-macam nama ada. Cuma kita jangan lokek sangat lah nak bayar. Mahal tu kadang-kadang bukan sebab bahan-bahan yang digunakan tetapi masa serta usaha diorang. Packing pun mahal jugak, yerla kalau dah guna botol kacakan.


Wednesday, 19 October 2016

6 Rahsia Dan Kebaikan Bawang Putih @ Garlic

Assalamualaikum...

Last week, my heroes semua sakit..this week pun ada yang tak sihat sempurna lagi. Selsema diorang kejap ada kejap tak ada. Macam biskut Chipsmore.

Started with my sons, Aqeel & Afeef, yup2, both of them on the same day. Last Thursday. Selsema-runny nose. Memang meleleh-leleh dan comot masing-masing. Then, my husband pulak tak sihat on Friday. Sakit tekak dan selsema. Tapi still pergi kerja.


Alhamdulillah Sha diberi kelebihan oleh Allah sebab dijauhi dan dihindari daripada berjangkit dengan anak-anak dan suami. Apa yang Sha amalkan hari-hari ialah Garlic Tablet dan Vitamin C. Dah lama Sha tak makan ubat. Rasanya sejak Sha mengandungkan anak pertama yang sekarang berusia 2 tahun 5 bulan, campurkan dengan 10 bulan mengandung. Haaa, kira sendiri berapa bulan, lama kan? Yerla, orang yang mengandung dan menyusu bukannya boleh makan dan telan ubat dan suppliment sembarangan.


Garlic tablet yang Sha makan ni memang 100% pure garlic yang telah dikeringkan dan dijadikan tablet. Garlic Tablet keluaran syarikat Hai-O. Ada kelulusan KKM okay. So ibu mengandung dan menyusu boleh sangat telan. Elok pun elok, sebab kebaikan garlic akan turun kat anak yang ada dalam perut dan anak yang kita susukan.


APA KEBAIKAN GARLIC @ BAWANG PUTIH???

1. Mencegah keracunan makanan
Garlic mampu membunuh bakteria yang merbahaya seperti Salmonella, E Coli dan Staphyloccocus. Sebab itu lah nenek moyang kita suka letak garlic dalam kebanyakkan makanan yang dimasak. Jadi kita ikut sajalah resipi nenek moyang.

2. Mencegah dan menyembuhkan penyakit 3 serangkai
Penyakit 3 serangkai ialah batuk-selsema-demam. Sifat antioksida pada garlic dapat merangsang sel-sel darah putih yang membantu meningkatkan sistem imunisasi. Jadi, kalau kena mana-mana penyakit 3 serangkai ni, cepat-cepat cari garlic. Tak kira lah nak masak bubur ke, nak bakar ke, masuk dalam microwave ke..janji telan. Tapi, kalau nak senang belilah Garlic Tablet. Bukak botol, sediakan air dan telan je. Boleh amalkan hari-hari sebelum makan pagi dan sebelum tidur malam. Jika diamalkan setiap hari, insya Allah penyakit 3 serangkai ni tak berani nak dekat. Mengelak lebih baik daripada mengubati kan?

3. Melawan jangkitan kulat pada kulit
Garlic boleh melawan jangkitan kulat dan yis. Antara contoh jangkitan kulat pada kulit termasuklah ringworm, thrush (seriawan) dan athlete's foot. Cara untuk mengubati penyakit-penyakit yang telah disebutkan ialah dengan merendamkan kaki atau badan ke dalam air panas yang dicampur dengan garlic yang telah dilenyekkan terlebih dahulu. Akan tetapi, kalau rumah yang tak ada bath tub, bolehla guna baldi. Jika baldi tak cukup besar, cukuplah mandi dengan air tersebut serta lumurkan garlic yg telah dilenyekkan pada bahagian kulit yang bermasalah.

4. Menambah tenaga fizikal dan stamina
Sejak daripada tamadun Yunani, golongan askar dan atlet telah mengamalkan garlic sebagai suppliment mereka. Mereka percaya, ia dapat menambah tenaga fizikal dan stamina mereka.

5. Mengubati jerawat
Hai lah jerawat. Siapa suka bila melihat jerawat pada muka sendiri? Sifat anti oksida dan bakteria pada garlic mampu mengubati jerawat. Caranya mudah saja, tumbuk garlic & sapu pada tempat yang bermasalah. Akak-akak dan adik-adik yang di luar sana, sambil masak boleh la amalkan ni. Tumbuk untuk masakan, ambil secubit, letak pada muka. Tapi hati-hati, kerana garlic mempunyai sifat tajam yang boleh memedihkan. Jangan kata Sha tak warning.  ;-)  ;-)

6. Mengawal berat badan.
Sha percaya, ramai yang minat sangat bab kawal berat badan. Garlic sebenarnya boleh meningkatkan metabolisme serta menguraikan sel-sel lemak dalam badan. Pernah dengar jus lega yang mempunyai banyak kebaikkan serta dapat menurunkan berat badan yang mengandungi garlic + lemon + madu + cuka + halia? Nanti Sha kongsi resepi untuk membuat jus tersebut dalam post yang akan datang.

Untuk sesiapa yang ingin mendapatkan Garlic Tablet keluaran Hai-O, boleh
whatsapp Sha +6016-3812508
FB: Shareefah Naweerah
IG: Shareefah_Naweerah






Monday, 17 October 2016

Assalamualaikum....

Salam perkenalan kepada semua.

Dah hampir sebulan sebenarnya create blog ni..banyak sangat benda yang nak kita share dengan korang..akan tetapi......

First and foremost, let me introduce my self. Nama sebenar saya Sharifah Nawirah binti Syed Ariffin. But i like to spell my name as Shareefah Naweerah. My friends called me by many names at schools and university. Ada yang panggil Sharifah,  Sheyfa, Sheyfah, Sherry, Sha, Minah Arab, Kak Pah dan banyak lagi. Apa-apa yang diorang panggil, kita terima je as long as its not a bad nick name. Yerla, nama tu kan doa. Kalau dah guna nama yang tak baik, cukup 40 kali sebut dibuatnya Allah kabulkan, tak ke susah?

Okay..Dalam blog kita, kita nak panggil diri kita Sha, sebab pendek sikit nak tulis..hehe Korang pun senang nak sebut dan panggil nanti. :-D :-D


Sha sebenarnya dah lama nak start tulis first entry ni. Tapi asyik ada je dugaan. Lepastu Sha decide untuk menuggu masa yang sesuai. Bila menunggu masa sesuai ni, memang menunggu je la. Sha tunggu siang, ada je hal nak kena uruskan, sibuk dengan itu ini. Sha tunggu malam, sudahnya tertidur. Begitulah kesudahan menunggu.

Akhirnya, Sha decide untuk berhenti menunggu, dan mencari serta mencuri masa.

Sebenarnya, dalam kehidupan seharian kita ni, kalau kita tak mencari dan mencuri masa, memang banyak benda tak akan beres. Macam orang yang kerja di ofis, nak pergi toilet time office hours, kena jugak curi masa. Nak minum air sebab dah dahaga time office hours kena jugak cari masa. Cuba tunggu je masa yang sesuai. Haaaa, kesudahannya boleh terkencing atau terberak dalam seluar. Yang dahaga tu pulak, memang kering tekak dan boleh terus sakit tekak. Esoknya boleh jadi batuk dan demam. Bahaya tu!!

Sama jugak kes kalau nak jumpa kawan-kawan lama. Cuba tunggu je semua kawan free. Memang tak akan jumpa la sampai bila-bila. Tapi, kalau salah seorang kawan atau kita sendiri yang set date and time, sesiapa yang free boleh saja join. Dengan cara tu, barulah dapat jumpa kawan-kawan lama. Tak percaya? Cuba korang set date and time untuk jumpa kawan-kawan lama korang. At least, dapat jumpa dua orang kawan lama, okay lah kan? Daripada tak jumpa langsung. Terubat sikit rindu. Dan yang paling penting silaturrahim dan ukhwah terjalin. :-D :-D


New Year New Spirit New Resolution

Happy New Year everyone!! :) Tahun baru, ada yang buat azam baru. Ada yang sambung azam tahun2 sebelum ni. Sebab azam yang sebelum ni bel...