016-381 2508

Wednesday 19 October 2016

6 Rahsia Dan Kebaikan Bawang Putih @ Garlic

Assalamualaikum...

Last week, my heroes semua sakit..this week pun ada yang tak sihat sempurna lagi. Selsema diorang kejap ada kejap tak ada. Macam biskut Chipsmore.

Started with my sons, Aqeel & Afeef, yup2, both of them on the same day. Last Thursday. Selsema-runny nose. Memang meleleh-leleh dan comot masing-masing. Then, my husband pulak tak sihat on Friday. Sakit tekak dan selsema. Tapi still pergi kerja.


Alhamdulillah Sha diberi kelebihan oleh Allah sebab dijauhi dan dihindari daripada berjangkit dengan anak-anak dan suami. Apa yang Sha amalkan hari-hari ialah Garlic Tablet dan Vitamin C. Dah lama Sha tak makan ubat. Rasanya sejak Sha mengandungkan anak pertama yang sekarang berusia 2 tahun 5 bulan, campurkan dengan 10 bulan mengandung. Haaa, kira sendiri berapa bulan, lama kan? Yerla, orang yang mengandung dan menyusu bukannya boleh makan dan telan ubat dan suppliment sembarangan.


Garlic tablet yang Sha makan ni memang 100% pure garlic yang telah dikeringkan dan dijadikan tablet. Garlic Tablet keluaran syarikat Hai-O. Ada kelulusan KKM okay. So ibu mengandung dan menyusu boleh sangat telan. Elok pun elok, sebab kebaikan garlic akan turun kat anak yang ada dalam perut dan anak yang kita susukan.


APA KEBAIKAN GARLIC @ BAWANG PUTIH???

1. Mencegah keracunan makanan
Garlic mampu membunuh bakteria yang merbahaya seperti Salmonella, E Coli dan Staphyloccocus. Sebab itu lah nenek moyang kita suka letak garlic dalam kebanyakkan makanan yang dimasak. Jadi kita ikut sajalah resipi nenek moyang.

2. Mencegah dan menyembuhkan penyakit 3 serangkai
Penyakit 3 serangkai ialah batuk-selsema-demam. Sifat antioksida pada garlic dapat merangsang sel-sel darah putih yang membantu meningkatkan sistem imunisasi. Jadi, kalau kena mana-mana penyakit 3 serangkai ni, cepat-cepat cari garlic. Tak kira lah nak masak bubur ke, nak bakar ke, masuk dalam microwave ke..janji telan. Tapi, kalau nak senang belilah Garlic Tablet. Bukak botol, sediakan air dan telan je. Boleh amalkan hari-hari sebelum makan pagi dan sebelum tidur malam. Jika diamalkan setiap hari, insya Allah penyakit 3 serangkai ni tak berani nak dekat. Mengelak lebih baik daripada mengubati kan?

3. Melawan jangkitan kulat pada kulit
Garlic boleh melawan jangkitan kulat dan yis. Antara contoh jangkitan kulat pada kulit termasuklah ringworm, thrush (seriawan) dan athlete's foot. Cara untuk mengubati penyakit-penyakit yang telah disebutkan ialah dengan merendamkan kaki atau badan ke dalam air panas yang dicampur dengan garlic yang telah dilenyekkan terlebih dahulu. Akan tetapi, kalau rumah yang tak ada bath tub, bolehla guna baldi. Jika baldi tak cukup besar, cukuplah mandi dengan air tersebut serta lumurkan garlic yg telah dilenyekkan pada bahagian kulit yang bermasalah.

4. Menambah tenaga fizikal dan stamina
Sejak daripada tamadun Yunani, golongan askar dan atlet telah mengamalkan garlic sebagai suppliment mereka. Mereka percaya, ia dapat menambah tenaga fizikal dan stamina mereka.

5. Mengubati jerawat
Hai lah jerawat. Siapa suka bila melihat jerawat pada muka sendiri? Sifat anti oksida dan bakteria pada garlic mampu mengubati jerawat. Caranya mudah saja, tumbuk garlic & sapu pada tempat yang bermasalah. Akak-akak dan adik-adik yang di luar sana, sambil masak boleh la amalkan ni. Tumbuk untuk masakan, ambil secubit, letak pada muka. Tapi hati-hati, kerana garlic mempunyai sifat tajam yang boleh memedihkan. Jangan kata Sha tak warning.  ;-)  ;-)

6. Mengawal berat badan.
Sha percaya, ramai yang minat sangat bab kawal berat badan. Garlic sebenarnya boleh meningkatkan metabolisme serta menguraikan sel-sel lemak dalam badan. Pernah dengar jus lega yang mempunyai banyak kebaikkan serta dapat menurunkan berat badan yang mengandungi garlic + lemon + madu + cuka + halia? Nanti Sha kongsi resepi untuk membuat jus tersebut dalam post yang akan datang.

Untuk sesiapa yang ingin mendapatkan Garlic Tablet keluaran Hai-O, boleh
whatsapp Sha +6016-3812508
FB: Shareefah Naweerah
IG: Shareefah_Naweerah






No comments:

Post a Comment

Name:

Email Address:

New Year New Spirit New Resolution

Happy New Year everyone!! :) Tahun baru, ada yang buat azam baru. Ada yang sambung azam tahun2 sebelum ni. Sebab azam yang sebelum ni bel...