016-381 2508

Wednesday, 10 May 2017

Birthday kek PJ Mask

-Assalamualaikum-

Ramai kawan-kawan Sha sekarang ni cari kek PJ Mask. Termasuklah Sha. Untuk birthday anak Sha yang baru je lepas semalam (9/5/17), Sha terpaksa fikir mana nak dapatkan kek PJ Mask. Pening sampai kena letak Premium Beautiful Corset kat kepala..hahaha Anak Sha request nak kek Catboy. "I want blue cake" katanya. Mana lah ada blue cake sayang.. setakat ni red cake jer ada dan senang nak jumpa, sebab red velvet cake dah dicipta. Tunggu lah blue cake dicipta. Eh, tapi kan Sha pernah jumpa sebenarnya blue velvet cake @ Cosans Coffee Sunway Pyramid. Tapi tak tau lah apa rasa, sebab tak beli pun masa tu. Sha tak suka colouring sebenarnya. Red velvet pun Sha tak berapa suka sebab kalau you all pernah buat, you all akan tau banyak mana colouring kena masukkan. You all bayangkan lah, kek coklat yg warna coklat kehitaman tu, nak tukar jadi red. Haaaaa, tu lah kek red velvet sebenarnya. Tapi sekarang, ramai yang dah olah resipi tersebut supaya tak banyak colouring perlu masuk kat dalam kek. Sebab tu warna kek red velvet sekarang tak merah kehitaman, tapi merah darah.

Sebenarnya for the first time, anak Sha request kek Birthday dia. Siap nak bawak pergi school. Nak celebrate dengan kawan-kawan. Yerla, dah makin besar, dah makin bijak. Anak Sha tahun ni 3 tahun. Aqeel nama dia. Pendek dan ringkas. Nama yang bermaksud yang mempunyai akal. Insya-Allah Aqeel akan jadi orang yang bijak pandai dalam hal dunia dan akhirat. Ameen..Thanks lah yer sebab sudi tolong doakan anak Sha sekali. Hehehe

So mula-mula, ingat nak buat gambar guna cream, tapi Aqeel tak suka cream atas kek. So kene fikir cara lain selain guna cream. Dan dalam banyak-banyak kek Aqeel suka chocolate cake..so dlm kepala dah fikir chocolate cake jer. Google la imej chocolate cake. Banyak nyaaa laa hai gambar chocolate cake yang sedap2. Sha yang terliur tengok.





Memang best kan tengok gambar2 chocolate kek tu, tapi kalau yang jenis macam ni, memang makan chocolate la dulu budak2 sekolah tu nanti. Akhirnya, Sha decide untuk order moist chocolate kek. Sha order dekat kakak kawan Sha, "Sweetluckie Bakery" 019-6126581. Boleh cari dalam instagram. 



Kakak Sha pulak dah offer untuk buat cake toppers PJ Mask. Kakak Sha memang ambil tempahan untuk cake toppers untuk kedai kek "Souka". Jadi tak ada masalah lah untuk kakak Sha buatkan. You all pun kalau nak tempah kek toppers boleh contact kakak Sha, "Mardhy" 012-2719539.  








Bila cerita dekat sister in law (SIL) Sha pasal plan untuk sambut birthday anak Sha kat school. SIL pun semangat. Sebab dia memang suka benda-benda camni. Tapi dia punya lagi excited. Sampai dia cari patung PJ Mask yang boleh letak atas kek. Cari bukan setakat cari tau. Cari sampai jumpa. Sha syukur sangat sebab dapat SIL yang baik macam SIL Sha ni.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya siapkan kek PJ Mask Aqeel. Tapi gambar kek yang cantik tak sempat nak ambil. Sebab kawan2 Aqeel semua excited sangat nak potong kek dan makan kek PJ Mask Aqeel. 

In the end, I am a happy mother. And my son is one happy son that able to celebrate his birthday with his friends. Yeay!! Mission accomplished!!

Monday, 8 May 2017

Masalah Perut Buncit?

-Assalamualaikum-

Untuk yang tak tahu lagi..Sha ni ibu kepada dua orang anak. Since dah pernah mengandung, memang confirm lah ada baby fat dan ada masalah perut buncit. Macam Kate Middleton tu..Tapi, tu dulu..Sekarang tak ada dah masalah tu lagi!! Nak tau tak, macam mana Sha keluar daripada masalah perut buncit tu?? 




Sha ni walaupun kurus, tapi ada masalah perut buncit. Ramai jugak sebenarnya yang kurus tapi perut buncit. Bukan Sha sorang okay.. So mula2 tak ada lah Sha risau, even masa anak dara pun, perut tak ada lah flat sangat. Lepas bersalin anak pertama secara normal, Sha masih lagi tak nak mengaku yang Sha ada masalah perut buncit. Sampai lah Allah takdirkan Sha bersalin anak kedua secara cesarean (czer or c-sec).




Ya Allah, beza tau bersalin normal dan cesarean ni..Nanti Sha kongsi dalam post yang akan datang pengalaman Sha. Yang pasti, bukan jer pengalaman lain, saiz perut pun lain lepas bersalin. Hahaha Lepas bersalin secaran normal, perut macam lembik, tak ada lah besar sgt. Lepas bersalin cesarean pulak, perut buncit macam tengah mengandung 5 bulan you! Dan masih keras. Bayangkan lah, anak dah keluar, perut besar lagi. Ya Allah!! susah nya hati. Awal2 tu Sha kata tak apa lah, boleh exercise nanti.




Kenapa nak susah hati? Normal laa..kita sebagai perempuan suka yang cantik jer. Diri sendiri pun kita nak nampak cantik, baru ada keyakinan. Kalau pakai cantik2 tapi perut buncit, macam tak feel. So bila pakai cantik, badan terletak, hati automatik jadi senang. Dan kita pun automatik jadi yakin.





So you all yang ada masalah perut buncit dan tak yakin bila pakai baju yang dah cukup cantik dan cukup mahal, boleh contact Sha 016-3812508. 



Senang je Sha punya solution. Tak payah diet sampai nak mati, tak payah tahan lapar dan dahaga, tak payah exercise sampai habis tenaga seminggu. Haaaa, best ke best sangat? Mesti lah best sangat sebab mudah sangat. Just sarungkan korset Premium Beautiful you. Eh, ni bukan propa. Sha pun macam you all dulu. Tak percaya jugak. Tapi bila cuba korset ni, lain lah! Memang lain daripada yang lain. Bukan masa pakai je cantik, masa tak pakai pun cantik jer.




Hasil nya..bukan jer perut Sha kempis, tapi accidently Sha dapat bentuk badan macam anak dara. Iyer! Tak tipu! Seluar masa single, boleh sarung balik. Baju kurung moden, kebaya dan semua lah yang single punya, boleh sarung balik. Gembira? Sangat gembira tak terkata. You all yang ada masalah perut buncit boleh contact Sha 016-3812508 untuk FREE FITTING AND CONSULTATION. Sha akan ukur & pakaikan you all saiz yang sesuai, tak ketat sangat dan tak longgar. Ngam2 gituu.. 






SHAREEFAH NAWEERAH

016-381 2508

FB: Shareefah Naweerah

IG: Shareefah_Naweerah

Thursday, 4 May 2017

Kebaikan Tembikai untuk Kesihatan

Assalamualaikum




8 KEBAIKAN TEMBIKAI UNTUK KESIHATAN KITA 

  • 1) Tembikai baik untuk kesihatan jantung. Tembikai kaya akan likopen yang sangat baik untuk kesihatan jantung.
  • 2) Betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai membantu kesihatan mata kita. Kerana betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai ini akan di ubah dalam tubuh kita menjadi Vitamin A.
  • 3) Tembikai juga mengandungi sumber Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh sehingga kita tidak akan mudah diserang penyakit, apalagi dengan cuaca yang tak menentu seperti sekarang ini.
  • 4) Dengan pengambilan buah tembikai dalam diet harian dapat membantu kita terbebas dari serangan radikal bebas, seperti pencemaran udara. Udara yang kotor menyebabkan kita terdedah kepada radikal bebas yang boleh mengancam kesihatan kita. Tembikai mengandungi senyawa karotenoid yang dapat meneutral kan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh kita.
  • 5) Dengan pengambilan tembikai, dapat membantu untuk menghasilkan pengeluaran air kencing yang lebih lancar dan akan membuat kesihatan buah pinggang kita menjadi lebih baik.
  • 6) Sekiranya anda mempunyai lemak berlebihan dalam badan, buah tembikai adalah pilihan yang tepat untuk membantu menyingkirkan lemak dalam badan anda. Kerana buah tembikai mengandungi citruline yang membantu mengurangkan lemak berlebih yang ada dalam tubuh.
  • 7) Minum jus tembikai atau memakannya begitu sahaja akan buat kan anda lebih bertenaga dan segar semula. Tembikai baik untuk kanak-kanak kerana kurang gula dan juga buatkan badan rasa lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti harian. 
  • 8) Tembikai boleh mencantikkan kulit kita, mengurangkan kedutan sekitar mata dan melindungi kita dari pancaran sinar matahari.



KENAPA BUAH TEMBIKAI SELALU DIHIDANGKAN SEMASA KENDURI KENDARA??
 
Buah tembikai sangat terkenal dikalangan kita, kerana sangat mudah untuk mendapatkannya, baik dipasar tani, pasar malam ataupun di pasaraya. Buah tembikai tidak bermusim dan digemari ramai. Harga sebiji tembikai juga murah. Selain itu, buah tembikai boleh dipotong pelbagai cara dan saiz untuk dihidangkan kepada tetamu.



FAKTA BUAH TEMBIKAI YANG ANDA PERLU TAHU

Buah tembikai merupakan buah yang berair yang selalunya berwarna merah. Terdapat juga buah tembikai berwarna kuning. Tetapi ia susah didapati. Hampir 90% kandungan tembikai ini adalah air. Buah tembikai sangat sesuai di minum pada masa cuaca panas dan masa kita merasa sangat dahaga. Selalunya pada bulan puasa, tembikai  dijadikan minuman wajib ketika berbuka puasa. Ada yang membuat jus tembikai dan juga ada yang makan buah tembikai begitu sahaja. Buah tembikai istimewa kerana boleh meredakan dahaga sekaligus kaya akan vitamin dan mineral di dalamnya.



BUAH TEMBIKAI MERUPAKAN MAKANAN SUNNAH

Tahukah anda, buah tembikai  adalah salah satu buah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Buah tembikai ini membantu menjaga dan mempertahankan kesihatan kita. Warna merah tembikai yang menggiurkan itu mengandungi nutrisi, mineral, kalium, betakarotin, Vitamin C dan juga serat yang diperlukan tubuh badan.





8 KHASIAT BUAH TEMBIKAI PADA TUBUH BADAN
  • 1. Mencegah penyakit asma - Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma.
  • 2. Mengawal tekanan darah - Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik.
  • 3. Mencegah Kanser - Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian. Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.
  • 4. Membantu Penghadaman - Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.
  • 5. Penghidratan - Mengandungi 92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan ini.
  • 6. Mengatasi masalah keradangan - Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik
  • 7. Mengurangkan kesakitan Otot - Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.
  • 8. Kulit yang sihat - Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.


SATU CAWAN TEMBIKAI BERSAMAAN 21% KEPERLUAN VITAMIN C

Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan, untuk mempunyai kulit dan rambut yang sihat.


CARA DAN PETUA ORANG LAMA MEMILIH TEMBIKAI 

  • Memilih tembikai dengan garisan yang lurus dan juga tak putus menandakan bahawa tembikai itu manis dan baik.
  • Jangan beli buah tembikai pada musim hujan, kerana di kuatirkan rasanya akan hambar.
  • Dan anda boleh memilih buah tembikai yang pada bahagian paling atas dan pada ruas garis yang mengelilingi kulit buahnya berwarna hijau tua. Hal ini boleh menentukan buah dan isi yang merah dan manis.
  • Cara berikutnya dengan melihat tangkai nya, apabila nampak sudah mengering kemudian kita tarik dan terlepas itu menandakan buah didalamnya sudah masak dan sempurna masaknya.


TIPS AJAR ANAK MAKAN TEMBIKAI

Ajar dan biasakan kanak-kanak untuk suka memakan buah tembikai agar mereka sihat dan ceria. Kerana dengan memakan buah tembikai, mereka boleh mendapatkan khasiatnya untuk kesihatan mereka. Anda boleh pelbagaikan cara hidangan sesuai dengan kebolehan anda. Seperti membuat jus, potong tembikai untuk dijadikan potongan buah, membuat satay tembikai dengan mencucuk potongan buah tembikai pada lidi, membuat bebola tembikai menggunakan sudu yg istimewa yg dijual di pasaaraya atau boleh membuat tembikai menjadi aiskrim.



Semoga tips dan huraian tentang buah tembikai ini bermanfaat untuk anda dan seisi keluarga. Selamat mencuba dan semoga anda sentiasa sihat sejahtera.

Tuesday, 2 May 2017

Kenali Tuhan Yang Mengujimu!

Mengapa Allah menguji kita? Kenali Tuhan yang mengujimu!

Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan... 

Terdetik rasa , "Apakah Tuhan sayangkan aku?Kenapa aku diuji sebegini berat sekali?" 

Tanpa kita sedari kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal.

Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa. Paling malang, manusia kerap terlupa dirinya hamba. Terutama ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita kalimah 'istirja' setiap kali diuji. 

 ان لله و إن اليه راجعون 
"Kami milik Allah, 
kepadaNya kami akan dikembalikan" 

Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sesekali menolah apalagi 'mengamuk' apabila diuji. Kita hanya hamba... 

Namun, untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu, kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha Hebat. 

Sebagai hamba, ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?

Bukan bermakna, kita tak akan diuji apabila kita sudah mengenal Allah. Kita masih akan diuji. Malah mungkin akan diuji dengan lebih dashat, lebih besar dugaan. Tetapi apabila kita lebih mengenal Allah, kita akan lebih yakin denganNya. Kita pasti Allah punya sebab dan musabab tertentu untuk menguji kita. 

Kadang-kadang kita jadi lebih kuat bila diuji. Kadang-kadang kita jadi lebih lemah. Kerana ujian Allah yang diturunkan pada hamba-hambanya dalam pelbagai bentuk. Semoga Allah menjadikan kita lebih kuat serta dekat denganNya dan bukan lebih lemah serta jauh daripadaNya. Ameeen.


New Year New Spirit New Resolution

Happy New Year everyone!! :) Tahun baru, ada yang buat azam baru. Ada yang sambung azam tahun2 sebelum ni. Sebab azam yang sebelum ni bel...