Assalamualaikum
8 KEBAIKAN TEMBIKAI UNTUK KESIHATAN KITA
- 1) Tembikai baik untuk kesihatan jantung. Tembikai kaya akan likopen yang sangat baik untuk kesihatan jantung.
- 2) Betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai membantu kesihatan mata kita. Kerana betakarotin yang terdapat dalam buah tembikai ini akan di ubah dalam tubuh kita menjadi Vitamin A.
- 3) Tembikai juga mengandungi sumber Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh sehingga kita tidak akan mudah diserang penyakit, apalagi dengan cuaca yang tak menentu seperti sekarang ini.
- 4) Dengan pengambilan buah tembikai dalam diet harian dapat membantu kita terbebas dari serangan radikal bebas, seperti pencemaran udara. Udara yang kotor menyebabkan kita terdedah kepada radikal bebas yang boleh mengancam kesihatan kita. Tembikai mengandungi senyawa karotenoid yang dapat meneutral kan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh kita.
- 5) Dengan pengambilan tembikai, dapat membantu untuk menghasilkan pengeluaran air kencing yang lebih lancar dan akan membuat kesihatan buah pinggang kita menjadi lebih baik.
- 6) Sekiranya anda mempunyai lemak berlebihan dalam badan, buah tembikai adalah pilihan yang tepat untuk membantu menyingkirkan lemak dalam badan anda. Kerana buah tembikai mengandungi citruline yang membantu mengurangkan lemak berlebih yang ada dalam tubuh.
- 7) Minum jus tembikai atau memakannya begitu sahaja akan buat kan anda lebih bertenaga dan segar semula. Tembikai baik untuk kanak-kanak kerana kurang gula dan juga buatkan badan rasa lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti harian.
- 8) Tembikai boleh mencantikkan kulit kita, mengurangkan kedutan sekitar mata dan melindungi kita dari pancaran sinar matahari.
KENAPA BUAH TEMBIKAI SELALU DIHIDANGKAN SEMASA KENDURI KENDARA??
Buah tembikai sangat terkenal dikalangan kita, kerana sangat mudah untuk mendapatkannya, baik dipasar tani, pasar malam ataupun di pasaraya. Buah tembikai tidak bermusim dan digemari ramai. Harga sebiji tembikai juga murah. Selain itu, buah tembikai boleh dipotong pelbagai cara dan saiz untuk dihidangkan kepada tetamu.
FAKTA BUAH TEMBIKAI YANG ANDA PERLU TAHU
Buah tembikai merupakan buah yang berair yang selalunya berwarna merah. Terdapat juga buah tembikai berwarna kuning. Tetapi ia susah didapati. Hampir 90% kandungan tembikai ini adalah air. Buah tembikai sangat sesuai di minum pada masa cuaca panas dan masa kita merasa sangat dahaga. Selalunya pada bulan puasa, tembikai dijadikan minuman wajib ketika berbuka puasa. Ada yang membuat jus tembikai dan juga ada yang makan buah tembikai begitu sahaja. Buah tembikai istimewa kerana boleh meredakan dahaga sekaligus kaya akan vitamin dan mineral di dalamnya.
BUAH TEMBIKAI MERUPAKAN MAKANAN SUNNAH
Tahukah anda, buah tembikai adalah salah satu buah yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Buah tembikai ini membantu menjaga dan mempertahankan kesihatan kita. Warna merah tembikai yang menggiurkan itu mengandungi nutrisi, mineral, kalium, betakarotin, Vitamin C dan juga serat yang diperlukan tubuh badan.
8 KHASIAT BUAH TEMBIKAI PADA TUBUH BADAN
- 1. Mencegah penyakit asma - Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma.
- 2. Mengawal tekanan darah - Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik.
- 3. Mencegah Kanser - Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian. Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.
- 4. Membantu Penghadaman - Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.
- 5. Penghidratan - Mengandungi 92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan ini.
- 6. Mengatasi masalah keradangan - Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik
- 7. Mengurangkan kesakitan Otot - Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.
- 8. Kulit yang sihat - Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.
SATU CAWAN TEMBIKAI BERSAMAAN 21% KEPERLUAN VITAMIN C
Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan, untuk mempunyai kulit dan rambut yang sihat.
CARA DAN PETUA ORANG LAMA MEMILIH TEMBIKAI
- Memilih tembikai dengan garisan yang lurus dan juga tak putus menandakan bahawa tembikai itu manis dan baik.
- Jangan beli buah tembikai pada musim hujan, kerana di kuatirkan rasanya akan hambar.
- Dan anda boleh memilih buah tembikai yang pada bahagian paling atas dan pada ruas garis yang mengelilingi kulit buahnya berwarna hijau tua. Hal ini boleh menentukan buah dan isi yang merah dan manis.
- Cara berikutnya dengan melihat tangkai nya, apabila nampak sudah mengering kemudian kita tarik dan terlepas itu menandakan buah didalamnya sudah masak dan sempurna masaknya.
TIPS AJAR ANAK MAKAN TEMBIKAI
Ajar dan biasakan kanak-kanak untuk suka memakan buah tembikai agar mereka sihat dan ceria. Kerana dengan memakan buah tembikai, mereka boleh mendapatkan khasiatnya untuk kesihatan mereka. Anda boleh pelbagaikan cara hidangan sesuai dengan kebolehan anda. Seperti membuat jus, potong tembikai untuk dijadikan potongan buah, membuat satay tembikai dengan mencucuk potongan buah tembikai pada lidi, membuat bebola tembikai menggunakan sudu yg istimewa yg dijual di pasaaraya atau boleh membuat tembikai menjadi aiskrim.
Semoga tips dan huraian tentang buah tembikai ini bermanfaat untuk anda dan seisi keluarga. Selamat mencuba dan semoga anda sentiasa sihat sejahtera.
No comments:
Post a Comment
Name:
Email Address: