016-381 2508

Wednesday 10 May 2017

Birthday kek PJ Mask

-Assalamualaikum-

Ramai kawan-kawan Sha sekarang ni cari kek PJ Mask. Termasuklah Sha. Untuk birthday anak Sha yang baru je lepas semalam (9/5/17), Sha terpaksa fikir mana nak dapatkan kek PJ Mask. Pening sampai kena letak Premium Beautiful Corset kat kepala..hahaha Anak Sha request nak kek Catboy. "I want blue cake" katanya. Mana lah ada blue cake sayang.. setakat ni red cake jer ada dan senang nak jumpa, sebab red velvet cake dah dicipta. Tunggu lah blue cake dicipta. Eh, tapi kan Sha pernah jumpa sebenarnya blue velvet cake @ Cosans Coffee Sunway Pyramid. Tapi tak tau lah apa rasa, sebab tak beli pun masa tu. Sha tak suka colouring sebenarnya. Red velvet pun Sha tak berapa suka sebab kalau you all pernah buat, you all akan tau banyak mana colouring kena masukkan. You all bayangkan lah, kek coklat yg warna coklat kehitaman tu, nak tukar jadi red. Haaaaa, tu lah kek red velvet sebenarnya. Tapi sekarang, ramai yang dah olah resipi tersebut supaya tak banyak colouring perlu masuk kat dalam kek. Sebab tu warna kek red velvet sekarang tak merah kehitaman, tapi merah darah.

Sebenarnya for the first time, anak Sha request kek Birthday dia. Siap nak bawak pergi school. Nak celebrate dengan kawan-kawan. Yerla, dah makin besar, dah makin bijak. Anak Sha tahun ni 3 tahun. Aqeel nama dia. Pendek dan ringkas. Nama yang bermaksud yang mempunyai akal. Insya-Allah Aqeel akan jadi orang yang bijak pandai dalam hal dunia dan akhirat. Ameen..Thanks lah yer sebab sudi tolong doakan anak Sha sekali. Hehehe

So mula-mula, ingat nak buat gambar guna cream, tapi Aqeel tak suka cream atas kek. So kene fikir cara lain selain guna cream. Dan dalam banyak-banyak kek Aqeel suka chocolate cake..so dlm kepala dah fikir chocolate cake jer. Google la imej chocolate cake. Banyak nyaaa laa hai gambar chocolate cake yang sedap2. Sha yang terliur tengok.





Memang best kan tengok gambar2 chocolate kek tu, tapi kalau yang jenis macam ni, memang makan chocolate la dulu budak2 sekolah tu nanti. Akhirnya, Sha decide untuk order moist chocolate kek. Sha order dekat kakak kawan Sha, "Sweetluckie Bakery" 019-6126581. Boleh cari dalam instagram. 



Kakak Sha pulak dah offer untuk buat cake toppers PJ Mask. Kakak Sha memang ambil tempahan untuk cake toppers untuk kedai kek "Souka". Jadi tak ada masalah lah untuk kakak Sha buatkan. You all pun kalau nak tempah kek toppers boleh contact kakak Sha, "Mardhy" 012-2719539.  








Bila cerita dekat sister in law (SIL) Sha pasal plan untuk sambut birthday anak Sha kat school. SIL pun semangat. Sebab dia memang suka benda-benda camni. Tapi dia punya lagi excited. Sampai dia cari patung PJ Mask yang boleh letak atas kek. Cari bukan setakat cari tau. Cari sampai jumpa. Sha syukur sangat sebab dapat SIL yang baik macam SIL Sha ni.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya siapkan kek PJ Mask Aqeel. Tapi gambar kek yang cantik tak sempat nak ambil. Sebab kawan2 Aqeel semua excited sangat nak potong kek dan makan kek PJ Mask Aqeel. 

In the end, I am a happy mother. And my son is one happy son that able to celebrate his birthday with his friends. Yeay!! Mission accomplished!!

No comments:

Post a Comment

Name:

Email Address:

New Year New Spirit New Resolution

Happy New Year everyone!! :) Tahun baru, ada yang buat azam baru. Ada yang sambung azam tahun2 sebelum ni. Sebab azam yang sebelum ni bel...