016-381 2508

Thursday, 28 September 2017

3 Cara bersedekah tanpa mengeluarkan duit

Terdapat pelbagai cara untuk bersedekah sebenarnya. Bila sebut sedekah orang akan ingat perlu keluarkan duit. Padahal, ada cara untuk bersedekah tanpa mengeluarkan duit. Hari ini, Kak Sha nak kongsikan kepada semua, cara untuk bersedekah yang simple serta tidak menggunakan duit. Kak Sha pasti semua orang boleh amalkan bukan sahaja pada hari Jumaat, tetapi setiap hari. 


1. Berikan senyuman

Tahu kan senyum tu sedekah?? Habis tu, yang muka masam mencuka tu dah kenapa? Cuba senyum sikit, bukan susah pun nak senyum. Kan??


Image from Drypers Malaysia


2. Beri salam kepada sesama Muslim

Kelebihan memberi salam kepada orang yang kita kenali ialah ianya akan mengeratkan lagi silaturrahim. Tau tak? orang yang menjaga silaturrahim sangat mudah untuk masuk syurga. Walaupun tak kenal seseorang, kita masih boleh beri salam. Bila beri salam tu, kita sebenarnya doakan kesejahteraan seseorang. Best kan kalau ramai orang doakan kesejahteraan kita?? Jangan lah pulak beri salam sebab nak ngorat. Niat lain di situ. Hehe

Image from cards and gifts Zazzle.com

3. Tumpangkan rakan dan kenalan

Kenderaan yang kita ada tu Tuhan yang bagi sebenarnya. Jadi, manfaatkan lah kenderaan tu dengan baik. Tumpangkan rakan dan kenalan untuk pergi lunch atau solat Zuhur jemaah di masjid. Lagi ramai kan lagi meriah makan dan solat??

Kenderaan Darat. Image from Blog Cikgu Eela preschoolskj11.blogspot.my

Kenderaan Air. Image from Blog Cikgu Eela preschoolskj11.blogspot.my

Kenderaan udara. Image from Blog Cikgu Eela preschoolskj11.blogspot.my

Jadi, mudah kan sebenarnya nak bersedekah? Tak perlu lah kita limit kan diri kita untuk berbuat kebaikan. Apa guna kita hidup di dunia kalau tak kumpul pahala. Bersedekah adalah salah satu cara untuk menumpul pahala. Semoga kita bertemu di syurga kelak bersama-sama dengan orang-orang yang kita sayangi dan orang-orang yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu. Renung-renungkan dan selamat beramal.

#TLCInspiringStoryFriday
#shanaweerah #PremiumBeautifulExpert

Monday, 18 September 2017

Ramai yang cakap ada anak kecik tak boleh berniaga sebab...tak sempat!!

-Assalamualaikum-

Mula2 pun kak Sha rasa macam tak boleh nak berniaga sebab tak sempat..bila kita terlampau focus untuk buat kerja rumah, memang takkan sempat untuk buat benda lain..sebab apa tauuu?? Sebab kerja rumah takkan pernah habis..Especially bab baju!! Never ending story!! Mula dengan basuh baju → sidai baju → angkat baju → lipat baju → simpan baju dlm almari → pakai baju → basuh baju and the cycle goes on and on and on..Fuuuhhh!! Jenuh!! Sampai bila pun takkan habis.. Setuju kannn??


Selain bab baju..bab kemas rumah. Bila ada anak kecik ni, rumah cepat kotor. Tumpah nasi lahhh, susu lahhh, biskut lahhh. Kalau tak kemas, bukan semut jerrr datanggg, lipas dengan cicak pun datang sekali macam kita buat kenduri panggil diorang. Kannn?? Hehehe Hati pun tak senang sebab kaki melekit, kaki ada serdak biskut, kaki melekat nasi dan kaki berdebu. Bila kita dah kemas rumah, vacuum mop dan sebagainyaaa, barulah hati senang. Tapi bila anak bangun dan buat aktiviti seharian, end of the day, kotor balik rumah. Belum masuk cerita toys yang bersepah, lebih kurang setiap dua jam kita tolong simpan dalam kotak toys tu balik.

However, last year, dalam kak Sha masih rasa tak sempat nak berniaga sebab ada anak kecik, kak Sha gagahkan diri untuk lawan perasaan tuuu. Kak Sha join jugak berniaga. Mula-mula nak berniaga kecil-kecilan jerrr, tapi lama-lama makin best berniaga, makin besar yang dapat. Makin seronok rasa berniaga bila dapat feedback positive from customers. Rasa nak bantu dan bantu dan bantu lagi more customers.


Antara sebab yang buat Kak Sha rasa susah sangat nak mula sebab Kak Sha fully breastfeed. Breastfeed pulak direct jerrr, sebab Afeef reject semua jenis bottle. Macam-macam yang Kak Sha fikir sebelum mula berniaga. Tapi mentor Kak Sha cakap, buat jerrr, cuba jerrr, datang jerrr, tak payah predict future, lets create the future.



Last year, this date, 18 September, mentor Kak Sha buat special class. Kak Sha nak sangat join sebab nak belajar macam mana nak share pasal korset hebat yang berjaya hilangkan perut buncit, hilangkan sakit belakang dan bongkok Kak Sha dalam masa beberapa bulan. Again fikir pasal anak yang fully breastfeed macam tak boleh join jerrr class tuuu. Tapi, dengan semangat yang ada, Kak Sha pergi jerrr. Walaupun kena angkut anak, siap bawak bouncer dan makanan untuk Afeef sebab dia baru start solid, Kak Sha redah jerrr.


Kalaulah Kak Sha tak start berniaga tahun lepas, mungkin Kak Sha tak kan start langsung berniaga and sampai hari ni, mungkin Kak Sha just a Stay-At-Home-Mom (SAHM) yang tak ada income, yang hanya bergantung kepada husband. Yang kena simpan keinginan untuk nak beli apa yang Kak Sha teringin nak beli sebab tak nak bazirkan duit saving husband. Dan paling menyedihkan dulu, bila Kak Sha tak blh belikan apa yang anak Kak Sha nak bila keluar dengan Kak Sha.

I am happy that I choose to start!!

Thank you Allah for guiding me to this path!!

Thank you #SHOM & #TLC for helping people like me to start and move one with a new chapter in life!!

Thank you to CDM Kak Ismalina Ishak & BDDM Olin Safura for holding my hands and provide me all the knowledge and experiences you have gained!!

Thank you all sisters in #PBAngels!! May we always be sisters in business and friends in our daily life.


Monday, 11 September 2017

Tangan Gatal-gatal di pertengahan bulan

-Assalamualaikum-

Ingatkan duit gaji jerrr yang masuk..rupanya Allah bagi lebih hari ni..

Dapat jugak duit sebab berniaga produk2 kecil:-

→ Eziclean Laundry - yg bagus untuk baju2 putih dan berwarna. Nak2 baju anak2 yg suka jadi warna belacan kat sekolah, tah apa dia buat sampai jadi cenggitu. Lagi satu, makan coklat, minum milo, makan cocokrunch, lari2 kat luar sambil explore the nature..semua tu bukan lagi benda yg kak Sha halang anak buat. Sebab Eziclean ni kan ada untung membantu kak Sha ;)

→ Marine Essence set - bodywash, shampoo & ubat gigi terus dia borong..terima kasih dear..Set hijau ni memang elok untuk yg ada kukit sensitif, rambut gugur & penjagaan gigi yg maksimum! Customer kata, "Rasa licin jerrr gigi tanpa kerak"..

P/S: Nak jadi agen / dropship / mini stokis boleh bagitau kak Sha..untung sangat sebab duit gaji masuk pertengahan bulan..boleh buat top up duit yang cukup2 makan atau jenis makan maggi hujung bulan.

#MoneyMagnetMonday
#shanaweerah #PremiumBeautifulExpert

Thursday, 7 September 2017

Happier and Less Stress Life Now

-Assalamualaikum-

Dulu kannn, sebelum Kak Sha kenal bisnes yang perlu #ukurbadan orang ni kannn, Kak Sha full time jaga anak sendiri plus anak kakak. Total 4 orang semuanya, umur anak2 semua sekarang 6-3-3-1. Masa tuuu, which is 1 year ago, rasa macam tak ada masa untuk buat senua benda. Buat semua benda especially berkaitan diri rushing. Mandi, gosok gigi, makan dan sampaikan solat pun rushing. Sebab nya fikirkan anak2 jerrr. Kalau kita ambil masa nanti diorang bergaduh lahhh, lapar nak makan lahhh, dan macam2 dalam kepala.

Tapikan sejak buat bisnes #PremiumBeautiful dengan #TLC ni, Kak Sha macam ada masa pulak untuk diri sendiri. Boleh mandi & gosok gigi tanpa di ganggu, tapi awal pagi lahhh, time Subuh. Makan pun dah boleh makan dengan tenang, tak kira lah breakfast ke lunch ke dinner ke. And then paling best, solat pun makin kusyuk, siap boleh buat solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu lagiii.

Nak tahu tak macam mana boleh jadi magik macam ni? Mentor lahhh magiciannya. Mentor guide bukan sahaja untuk bisnes tapi untuk memperbaiki diri supaya boleh jadi diri yang lebih baik daripada yang sebelum ni.

Rasa syukur sangat sebab Allah temukan Kak Sha dengan bisnes ni sebagai kerjaya. Banyak lahhh perubahan dalam diri Kak Sha yang Kak Sha nampak..tapikannn bukan jer Kak Sha sorang nampak, orang sekeliling pun dah mula nampak yang Kak Sha makin happy!

P/S: Nak panjang umur, hidup kena happy dan kurang stress. Nak hidup sihat pun kena happy tauuu! Stress tu memang akan ada, tapi kena pandai salurkan ke tempat yang betul. :)

#PowerActionThursday
#shanaweerah #PremiumBeautifulExpert
#TopLeadersCircle #PBAngels


Wednesday, 6 September 2017

Tak Guna Kaya Kalau Tak Sihat

- Assalamualaikum -

7 Tip Kesihatan Untuk Usahawan.


1. Sentiasa Bangun Awal Pagi.
2. Suka Membaca dan Cari Ilmu.
3. Sentiasa Fit.
4. Minum Air Secukupnya Dan Jaga Pemakanan.
5. Mengambil Vitamin Tambahan.
6. Bersih Persekitaran, Fikiran Dan Tubuh Badan.
7. Kawal Stress.

Source: Anis Marissa #TeamRichworks



Tuesday, 5 September 2017

Risau 3 benda 'naik' pada badan

-Assalamualaikum-

Orang perempuan ni ada 3 benda yang kalau 'naik' jer dia dah resah gelisah, rasa berdebar semacam. Cuba fikirkan apa 3 benda tu.
.
.
.
.
.
.
.
.
1) Jerawat
2) Gatal-gatal / Merah-merah
3) Berat badan 
.
.
.
Haaaa, pertama sekali, jerawat! Kak Sha pun kalau ada jerawat kat muka, memang risau. Sikit-sikit nak pegang bahagian yang ada jerawat, nak check makin kecik ke makin besar jadi jerawat tu..hehe

Lepastu kannn, pantang nampak cermin. Bila ada cermin jer, sibuk la belek muka sendiri. Konon-konon jerawat tu akan hilang dalam masa 24 jam.

Pernah dengar tak petua hilangkan jerawat guna air liur?? Yang part ni pun kak Sha pernah cuba. Hahaha Sanggup tauuu, walaupun bunyi macam eeeeuuuu!
.
.
.
Yang kedua, kalau naik merah-merah pada badan. Walaupun tak sakit, tapi hati akan tetap rasa tak senang. Sebab takut bengkak atau jadi lebih teruk kannn? especially kalau kena bahagian muka

Dalam situasi ni, kita akan sibuk untuk berjumpa doktor supaya dapat hilangkan merah-merah atau gatal-gatal pada badan.
.
.
.
Yang ketiga, bila berat badan naik!

Haaa, bab ni semua perempuan pun akan risau. Ada jugak lelaki yang akan risau tapi perasaan tu tak serisau perempuan lahhh. Untuk control makan memang susah sebab bila kita bekerjaya, tak ada pilihan untuk skip makan atau makan ulang-ulang. Kalau skip makan, kejap lagi tanggung la rasa lapar dan ada  kemungkinan gastrik akan jadi.

Ada jugak orang diet tak makan nasi, roti dan karbohidrat. Makan makanan yang ada sumber protein (Ayam, Ikan, Daging, Udang, Sotong, Tauhu, Tempe, Telur, dll) dan sayuran sahaja. Bagi Sha, boleh jerrr makan macam tu tapi tak kenyang sangat lah. Boleh jadi kos untuk diet tanpa karbohidrat ini lebih tinggi sebab perlu makan protein dan sayuran dalam kuantit banyak.

Cara yang paling mudah, ialah dengan menyarung Premium Beautiful korset. Sebab PB ni dalam diam akan bakar lemak-lemak kita, walaupun kita dalam office yang berhawa dingin. Selain tu, bila kita makan, seolah-olah ada alarm untuk suruh kita stop makan. Biasa makan satu pinggan masih rasa lapar, bila dah sarung Premium Beautiful korset, satu pinggan dah kenyang yang amat. PB ni pun boleh membantu meningkatkan metabolisma badan tauuu.










Sunday, 3 September 2017

Makan tanpa berhenti sejak 3 hari

-Assalamualaikum-

Rasa bersalah timbul pulak malam ni..

Bersalah sebab makan makan makan & makan..
Makan jer, tak berhenti ..
Tapi tak ingat pulak rasa kenyang yg teramat..
Sebab #MagicCloth latih Kak Sha untuk makan dalam amount yg sederhana..
Haaa..selain tuuu, #BajuDalamMagik ni naikkan metabolisma badan Kak Sha..
Tak payah risau sangat badan naik & gemuk , cuma kena pantau apa yg masuk dlm perut  






Dah 3 hari berturut2 makan jerrr pulak..
Bukan nak menunjuk tapi Kak Sha sendiri pun nak ingat balik apa yang dah masuk dalam perut kak Sha sejak hari Jumaat lepas..


Jumaat, 01/09/17

Breakfast
- rendang ayam & lemang
- lontong, nasi impit & kuah kacang
Lunch
- satay goreng
- lontong, nasi impit & sambal udang
Tea
- sup daging cicah roti banggali
Dinner
- nasi beryani & ayam masak merah
- buah epal


Nasi Impit, Lontong & Kuah Kacang


Sabtu, 02/09/17

Breakfast
- nasi lemak, sambal ikan bilis & telur dadar
Lunch
- sup daging & nasi beryani
Tea
- red velvet cake & coffee
Dinner
- sup daging, nasi putih & kari daging
- buah kedondong


Sup daging korban


Ahad, 03/09/17

Breakfast
- bihun goreng
- sausage rebus
- fish burger air fryer
Brunch
- buah anggur & jambu air
- kebab ayam kebab king & coffee pascucci
Lunch
- nasi putih & ikan patin goreng & sambal
Tea
-kuih kapit coklat & greentea goodday
Dinner
- nasi putih & ikan patin masak sambal
- buah kedondong


Lemang & Rendang Ayam

Saturday, 2 September 2017

Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabil Ismail AS sempena Aidilahda

-Assalamualaikum-

:: SEORANG ANAK DIKORBANKAN KERANA AYAHNYA TERLALU PERCAYA PADA MIMPI ::

Pada zaman dahulu, seorang ayah telah bermimpi semasa dia tidur. Dalam mimpinya itu, ada suara yang menyuruhnya untuk menyembelih anaknya. Akibat terlalu percaya pada suara yang menyuruhnya, si ayah melaksanakan penyembelihan terhadap anaknya.

Bunyi seperti sesuatu yang sangat kejam kan? Bayangkan anak yang dia sayang, bela dan besarkan dengan penuh kasih sayang, disuruh untuk sembelih. Tetapi kerana keyakinan terhadap penciptanya, ketaatan kepada Tuhannya. Nabi Ibrahim AS melakukan penyembelihan itu.

Sebelum itu, Nabi Ibrahim AS ada memberitahu kepada Nabi Ismail AS tentang mimpinya. Nabi Ismail AS pun dengan yakin dan taat mengatakan, "Jika ia adalah perintah daripada Tuhan Yang Maha Esa, maka laksanakanlah". Masya-Allah..bukan sekadar itu, Nabi Ismail AS siap beri tips2 untuk menyembelih dirinya. Antara tips2 yang diberi:-
1) ikatlah tangannya supaya ayahnya tak akan berjaya dia cederakan tanpa sengaja.
2) palingkan mukanya ke tanah supaya tak akan timbul rasa kasihan terhadap dirinya.
3) gunalah pisau yang tajam supaya kesakitan itu dapat dikurangkan dan proses penyembelihan dirinya lebih cepat dan mudah.

Source: indoberita



Cara yang dicadangkan itulah yang diguna pakai untuk kita menyembelih lembu / kambing semasa korban sampailah sekarang. Dan kerana kisah inilah kita digalakkan untuk menunaikan korban lembu / kambing semasa menyambut Hari Raya Aidiladha.
Tuhan Yang Maha Esa telah menukarkan Nabi Ismail AS di saat akhir sebelum dirinya disembelih dengan kambing kibasy yang ada disyurga tanpa disedari oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. 

Maka setelah itu, Nabi Ibrahim AS pun bersyukur dan mengucapkan "Laa Ilaha Illallah Allahu Akbar". Nabi Ismail AS pun menyambut "Allahu Akbar Wa Lillahi Hamdu".

Source: dirikudrcinta.blogspot.my

P/S: Semua orang mempunyai takdir dalam kehidupan di dunia sejak dalam perut ibu masing2. Tetapi takdir dalam hidup kita masih boleh diubah oleh Tuhan Yang Maha Esa walaupun di saat2 akhir. Sebab itu kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya.

Friday, 1 September 2017

Selamat Hari Merdeka & Selamat Hari Raya Aidiladha 2017

-Assalamualaikum-

Kak Sha nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada kita semua warga Malaysia. Sedar tak sedar kita dah 60 tahun merdeka. Semoga kita akan terus kekal merdeka dan aman sentosa.

Source: Imahkudesain.blogspot.my


Selain tuu, kepada yang beragama Islam, Kak Sha nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. 

Source: Indoberita.com

New Year New Spirit New Resolution

Happy New Year everyone!! :) Tahun baru, ada yang buat azam baru. Ada yang sambung azam tahun2 sebelum ni. Sebab azam yang sebelum ni bel...