016-381 2508

Tuesday 18 April 2017

7 Tips Basuh Baju Untuk Ibu Bekerja Dan Tak Cukup Masa

Assalamualaikum....

Dalam banyak-banyak kerja yang involve dengan baju kannn, perkara yang Sha paling suka ialah basuh baju. Tapi perkara yang Sha paling paling paling tak suka ialah lipat baju. Walaupun suka basuh baju, tapiiii, tidaklah sampai nak habiskan masa dengan basuh baju jer satu hari. Maka Sha pun cuba untuk memudahkan kerja-kerja membasuh baju. Nak tau apa Sha buat? Jom sambung baca..

7 Tips Basuh Baju Untuk Ibu Bekerja Dan Tak Cukup Masa

1) Asingkan baju terlebih dahulu

Sediakan beberapa bakul untuk baju kotor supaya boleh asingkan terus pakaian bergantung pada

warna 
a - berwarna putih & cerah - boleh letak nila untuk kekalkan warna putih pada pakaian
b - berwarna hitam & gelap - kadang kala warna hitam turun warna, jika campur dengan warna cerah memang alamatnyaaa, goodbye jer lah kat baju cerah tuuuu
c - warna warni yang tidak luntur - yang luntur terpaksa handwash lahhh

- jenis baju
a - anak kecil & baby - perlu menggunakan sabun yang istimewa seperti Eziclean Laundry atau NappiKleen
b - orang dewasa - boleh jerr basuh-basuh baju




2) Buat jadual basuh baju

- basuh baju anak-anak kecil
- baju dewasa cerah
- baju dewasa gelap

3) Guna sabun yang boleh tanggalkan kotoran

Yang mana perlu rendam sebab kena najis ke, chocolate ke kannn. You all rendam dulu dengan sabun Eziclean Laundry & spray sikit kotoran degil dengan Bio Cleanz Multi Purpose Spray.






4) Guna mesin basuh serbaguna automatik

Senangkan kerja kita dengan masukkan jer semua baju, towel, dan segala mak nenek dalam mesin basuh. Tak payah la rajin sangat nak basuh semua dengan tangan. Lenguh tangan oiii!



5) Minta tolong En. Husband dan anak-anak 

Wahai isteri-isteri semua, tak perlulah tunjuk yang kita ni ada tangan sotong. Macam-macam boleh buat at one time. Tak susah pun sebenarnya nak basuh baju especially bila guna mesin basuh automatik. (Ada ke yang guna mesin basuh baju manual lagi zaman sekarang ni???) Since kita, dah tolong asingkan baju ikut warna dan jenis. Husband dan anak-anak cuma perlu tahu nak tekan button apa dan masukkan sabun banyak mana dan dimana jerrrrr. Haaaa, tapi jangan pulak husband atau anak-anak lupa masukkan baju..hehe




6) Pakai baju atau seluar 2 atau 3 kali

Biasanya untuk seluar dan jeans lah kannn? Tak perlu basuh selalu sebab nanti warna jeans tu akan luntur dan kain jeans akan lusuh menyebabkan senang koyak. Selain tuuu, baju yang kita pakai sekejap jer, setakat pergi kedai 1 jam, takkan la nak basuh terus kannnn.

You all jangan nak panggil Sha pemalas sangat, sebab Sha gerenti you all masa zaman tinggal kat asrama & universiti mesti pernah buat macam ni punya lah!


7) Basuh di kedai dobi 24jam 

Kalau dah tak ada masa sangat Sha hantar lah kat dobi. Tapi selalunya Sha hantar toto jer kat dobi. Oh, dan baju untuk dry clean. Kedai dobi punnn dah ada 24 jam tau!! Tinggal nak slot in je dalam jadual harian kita. Sambil tunggu baju siap basuh boleh la online ataupun main game kat fon you all.


P/S : Sabun Eziclean dan Bio Cleanz boleh dapatkan daripada Sha tauuu!


No comments:

Post a Comment

Name:

Email Address:

New Year New Spirit New Resolution

Happy New Year everyone!! :) Tahun baru, ada yang buat azam baru. Ada yang sambung azam tahun2 sebelum ni. Sebab azam yang sebelum ni bel...